Skip to main content

Hoki

Subahan mahu lihat ribuan penyokong UniKL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

subahan.jpg
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) perlu bersiap-sedia membawa ribuan penyokong ke Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Ahad ini apabila bakal menjulang trofi kejuaraan Liga Hoki Kebangsaan, Ahad ini. 

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sedia memenuhi permintaan UniKL untuk menjulang trofi saingan lebih awal setelah mempertahankan kejuaraan LHM ketika cabaran berbaki dua perlawanan musim ini tatkala piala liga kebiasaannya diserahkan selepas berakhir kejohanan Piala TNB.

Namun, KHM melontarkan cabaran kepada UniKL demi menjaga prestij trofi itu.

UniKL perlu membawa seramai mungkin penonton ke Bukit Jalil untuk meyakinkan badan induk itu bahawa pendekatan baru itu boleh diteruskan pada masa depan.

"Inilah yang kami mahu agar mendapat maklum balas daripada semua yang terlibat. Namun, kalau boleh, UniKL bawa seramai penyokong yang boleh termasuk pelajar dan semua warga insitut itu," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara itu, KHM sedang dalam proses menyenarai pendek 21 calon jawatan pengendali skuad wanita negara untuk dipanggil menghadiri proses temuduga dalam masa terdekat.

"Insya-Allah, minggu depan akan saya adakan mesyuarat melibatkan jawatankuasa kejurulatihan dan kini dalam proses menetapkan tarikh. Memang benar, terlalu ramai yang memohon dan masih ada yang ingin menghantar permohonan tetapi telah melepasi tarikh akhir."


Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video