Pertukaran jurulatih skuad hoki remaja menyaksikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merombak struktur pembentukan pasukan tersebut kepada program asal dengan persediaan mengikut kempen Piala Dunia.
Situasi itu membolehkan jurulatih serta pemain diberi pendedahan kompetitif secukupnya.
Pencapaian skuad hoki remaja negara dalam Piala Dunia 2023 menamatkan saingan di kedudukan ke-12 daripada 16 pasukan.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan berprestij itu sebelum ini berakhir dengan muncul pasukan keempat terbaik pada edisi 1979, 1982 dan 2013.
Difahamkan, antara faktor utama perubahan semula skuad hoki remaja bagi meningkatkan peratusan pemain remaja ke pasukan senior The Speedy Tigers pada masa akan datang.
"Itu harapan saya kerana untuk menyiapkan satu pasukan yang kuat, kita memerlukan pelan jangka masa panjang.
"Sekurang-kurangnya minimum tiga tahun.
"Dan, kita juga harus memberikan pendedahan yang banyak.
"Kami mahu menjadi terus bersedia dalam edisi seterusnya," kata Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, ketika sesi sidang media pelantikan jurulatih KHM.