Selepas permulaan musim yang menakjubkan oleh Golden State Warriors, kini mereka kembali ke landasan kekalahan dengan yang terbaru, tewas di laman lawan Denver Nuggets ketika pertemuan Piala NBA pada Rabu.
Ini menyaksikan Warriors sedang menghadapi kemerosotan dengan kekalahan lima perlawanan berturut turut dan akan melalui cabaran besar pada Jumaat menentang Houston Rockets kerana kedua dua pemain berpengalaman mereka, Draymond Green dan Stephen Curry dikecualikan akibat kecederaan.
Menurut ciapan yang dikeluarkan mengenai status kecederaan pemain menjelang pertemuan dengan Rockets, rata - rata peminat memberi reaksi negatif dan menganggap Warriors kini dalam situasi bahaya berdepan kemungkinan tewas buat kali ke enam berturut turut.
“6 games losing streak. This team is beyond cursed. We cannot catch a damn break”, kata kata yang dimuat naik seorang peminat Warriors di X.
Seorang lagi menambah, “Kita akan turun dari kedudukan pertama ke tangga ke 12 dalam masa 2 minggu”.
Ada juga yang berpendapat bahawa ini lah akibatnya apabila Warriors hanya bergantung kepada pemain yang lebih berumur kerana pemain muda mereka masih tidak dapat berada pada tahap yang terbaik seperti ‘Star players’ mereka.
Apa pun, perjalanan di NBA masih panjang tetapi jika kecederaan yang serius seperti ini berlaku dalam masa panjang, pastinya ia akan memberi kesan yang besar kepada prestasi dan kedudukan mereka di liga. Kini, Warriors berada di tangga ke 6 sebelah barat selepas 12 kemenangan dan 8 kekalahan.

Steph Curry and Draymond Green are both out for the Warriors tomorrow night vs Rockets. Bilateral knee management for Curry. Still listed as left calf tightness for Green, who underwent an MRI/tests today to determine extent of injury. Andrew Wiggins questionable.
— Anthony Slater (@anthonyVslater) December 5, 2024
Menurut ciapan yang dikeluarkan mengenai status kecederaan pemain menjelang pertemuan dengan Rockets, rata - rata peminat memberi reaksi negatif dan menganggap Warriors kini dalam situasi bahaya berdepan kemungkinan tewas buat kali ke enam berturut turut.
“6 games losing streak. This team is beyond cursed. We cannot catch a damn break”, kata kata yang dimuat naik seorang peminat Warriors di X.
Seorang lagi menambah, “Kita akan turun dari kedudukan pertama ke tangga ke 12 dalam masa 2 minggu”.
Ada juga yang berpendapat bahawa ini lah akibatnya apabila Warriors hanya bergantung kepada pemain yang lebih berumur kerana pemain muda mereka masih tidak dapat berada pada tahap yang terbaik seperti ‘Star players’ mereka.
This is exactly what happens when you have to rely on all your old guys because the young guys can’t get it done
— ℂ????????⏱️ (@WardellBetter0) December 5, 2024