Skip to main content

Sukan

'Start list' paling A setakat ini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eyka.jpg
Bukan kesebelasan utama untuk pasukan bola sepak mahupun 'first seven' untuk pasukan bola jaring… tetapi 'start list' untuk barisan pengapit pengantin perempuan majils perkahwinan bintang kebangsaan, Akhyar Rashid dan pelakon, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi (Eyka Farhana)!

“Pasukan” Eyka dibarisi oleh selebriti terkenal tanah air seperti Raja Alicia Raja Amin (Alicia Amin), Azira Shafinaz, Zuhairah Zahir (Yaya Zahir), Amelia Henderson, Shalma Ainaa, Mimi Rozaiana Zainal Abidin (Mimi Lana) dan Sophia Liana.

'What a dream team eh?'

Dengan sekali lafaz, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu pada pagi Jumaat, 2 Mei 2025. 

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada jam 10.12 pagi di Ampang, Kuala Lumpur.

Advertisement

Must Watch Video