Skip to main content

Sukan Lain

Stark halangan Hup Wei, Nauraj di Australia

huowei.jpg
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh, perlu mengatasi atlet ranking ketiga dunia, Brandon Stark, untuk menjuarai dua kejohanan di Australia bermula Khamis depan yang turut menyediakan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menetapkan ketinggian 2.20 meter untuk Nauraj dan Hup Wei selepas terpilih menyertai dua kejohanan di Australia itu bermula minggu depan.

KOM hanya meluluskan dua atlet menyertai kejohanan luar negara pertama tahun ini selepas mendapat maklum balas barisan jurulatih negara.

Kedua-dua atlet itu berpeluang melepasi had kelayakan Sukan Olimpik, 2.33m -- lebih tiga sentimeter berbanding rekod kebangsaan milik Nauraj.

Namun, mereka turut bakal berdepan atlet handalan lompat tinggi, Stark, bagi memburu kejuaraan di sana nanti.

"Bukan senang untuk mengatasi Stark. Kami akan cuba bersaing, sekali gus berusaha untuk melakukan lompatan yang lebih tinggi," kata Hup Wei.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found