Skip to main content

Sukan Lain

Standard Chartered KL Marathon (KLSCM) 2025 bakal lalui perubahan laluan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klscm2025.jpg
Penganjuran Standard Chartered KL Marathon (KLSCM) 2025 bakal melalui perubahan laluan buat pertama kali dalam tempoh 17 tahun apabila proses baik pulih di sekitar Dataran Merdeka menuntut lokasi permulaan dan tamat berakhir di Stadium Merdeka.
 

Bagaimanapun, perubahan itu tidak bersifat keseluruhan, di mana 95 peratus laluan asal masih kekal dalam penganjuran yang bakal berlangsung Oktober depan.

KLSCM memiliki penanda aras tersendiri dengan beberapa buah negara turut menjadikan platform KLSCM sebagai penentuan slot ke mana-mana kejohanan.

Malah Malaysia Athletic (MA) sendiri menegaskan dengan keadaan cuaca di Malaysia yang menyamai Thailand menjadikan KLSCM sebagai platform terakhir untuk pelari maraton negara mengisi slot tunggal ke Sukan SEA.

Menjelang penganjuran yang bakal di langsungkan dalam tempoh dua bulan dari sekarang, KLSCM dan Asics turut buat pengumuman rasmi nama pacer yang akan bersama-sama dengan peserta sepanjang larian Oktober nanti.

Ini merupakan tahun pertama Asics bersama dengan KLSCM di mana menerusi kerjasama ini, Asics menaja sepenuhnya pakaian pacer pada hari perlumbaan.

Advertisement

Must Watch Video