Stadium Juara yang bertempat di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bakal menjadi pentas 10 pasukan Mobile Legends Bang Bang Malaysia merebut gelaran juara MPL MYS15.
Babak 'Regular Season' edisi kali ini akan berlangsung dari 19 April sehingga 25 Mei dengan menyaksikan aksi pembukaan hangat di antara dua pasukan 'Heavyweight' Malaysia, juara Mid Season Cup 2024, SRG.OG bertemu Juara Piala Esports Malaysia, Team Vamos.
Perbezaan kejohanan edisi kali ini akan menyaksikan dua babak playoffs untuk pasukan Malaysia merebut slot ke saingan Mid Season Cup 2025 di Riyadh.
Sebelum ini Stadium Juara telah menyaksikan juara Netball Super League 2025 iaitu KL Wildcats dalam aksi sengit menentang Putrajaya Dynamites.
Adakah MPL MY edisi kali ini akan menyaksikan pusingan akhir yang akan menggegarkan Stadium Juara?