MPL MY
SRG.OG benam Homebois untuk rangkul hatrik kejuaraan MPLMY musim ke-15
Selangor Red Giants (SRG) OG.Esports (SRG.OG) melengkapkan hatrik kejuaraan tiga musim berturut-turut selepas dinobatkan juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Dalam perlawanan dengan format best of seven (B07) itu menyaksikan mereka tidak berdepan masalah menumbangkan Homebois 4-0 untuk menoktahkan status selaku juara.
Perlawanan 1 bermula sengit antara kedua-dua pasukan, namun Homebois yang seakan mengikut rentak SRG.OG terpaksa akur tewas, selepas hero Pharsa yang digunakan Hazziq Rizwan yang juga dikenali sebagai Stormie melengkapkan kemenangan pertama kem Gergasi Merah.
Iklan
John Banal atau turut dikenali sebagai Innocent memacu mata kedua The Red Giants selepas melakar 'Maniac' dengan menggunakan hero Harith pada lewat permainan untuk memastikan pasukannya mendahului 2-0 dengan kemenangan 21-14.
Skuad kendalian Michael Angelo Bocado atau dikenali Arcadia mempamerkan disiplin tinggi dalam menyerang dan bertahan, malah Innocent sekali lagi malakar Savage untuk kemenangan ketiga SRG.OG untuk terus mendominasi cabaran pentas akhir.
Homebois bermula agresif pada awal permainan, namun saingan Grand Finals terhenti di Perlawanan 4 apabila SRG.OG kembali memperkemaskan rentak untuk melengkapkan mata keempat sekali gus bergelar juara kempen MPLMY musim ini.
Untuk rekod, SRG.OG melengkapkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan MPLMY S15 sehingga saingan final hari ini, SRG.OG turut menyamai rekod yang pernah dilakar pasukan Todak -juara tiga kali- sebelum ini.
Malah, Gold Laner SRG.OG, Innocent, mencipta sejarah tersendiri selepas menjadi pemain Gold Laner pertama yang meraih empat 'Savage' dalam saingan musim ini,
Back to back to back champions. Undeniable 🏆 pic.twitter.com/bFfdsVkmJr— OG (@OGesports) June 15, 2025
Kedua-dua pasukan itu akan mewakli Malaysia ke Kejohanan Mid Season Cup (MSC) 2025 di Riyadh, Arab Saudi, Julai nanti.
Must-Watch Video