MPL MY
SRG.OG alih tumpuan kepada Mid Season Cup
Usai mencipta sejarah dengan kejuaraan hatrik di MPL Malaysia musim ke-15, SRG.OG kini mengalihkan fokus ke misi seterusnya, Mid Season Cup sempena Piala Dunia E-Sports 2025 yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, bulan hadapan.
Pengasas bersama SRG, Simon Lim, berkata, "Kita ada tiga minggu untuk membuat persiapan, diharap pemain dapat menyesuaikan diri dengan kemaskini permainan tersebut sebelum ke Riyadh."
Dalam pada itu, dia tampil menepis khabar angin mengenai pemain bintang, Kramm, yang dikatakan tidak akan menyambung kontrak musim depan.
Iklan
Simon menjelaskan bahawa isu tersebut hanyalah disebabkan oleh perasaan rindu kampung atau homesick yang dialami pemain itu.
Pihak pengurusan SRG.OG memberi jaminan bahawa mereka akan terus memberikan sokongan sepenuhnya demi memastikan kestabilan pasukan menjelang kejohanan besar yang akan datang.
Must-Watch Video