E-SUKAN
SRG perlukan rehat, tumpu kelayakan M6 -- Arcadia
Ketua jurulatih Selangor Red Giants (SRG), Michael Angelo Bacado, berkata pasukannya ketika ini hanya memerlukan rehat yang mencukupi selepas mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia menjuarai saingan Mid Season Cup 2024 (MSC) Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 di Riyadh, Arab Saudi semalam.
Inidividu dengan gelaran Arcadia itu, bagaimanapun, mengakui pasukannya akan memberikan fokus untuk pusingan kelayakan ke Kejohanan Dunia M6 pada November depan.
"Buat masa ini, kami hanya mahu menikmati kemenangan ini dan sudah pasti kami akan berehat kerana kami benar-benar memerlukan rehat selepas bekerja keras untuk Kejohanan MSC ini.
Iklan
"Saya masih belum memikirkan mengenai musim depan tetapi sudah pasti kami perlu terus bekerja keras untuk musim itu nanti.
"Saya agak yakin kami akan layak (ke M6) selagi kami kekal rendah diri dan memastikan kami terus bekerja kerasa untuk layak," katanya.
Must-Watch Video