Zaiman Megat Abu terus memperkasakan penguasaannya dalam acara lompat kijan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) apabila meraih pingat emas dengan memecahkan rekod temasya di Sarawak hari ini.
Atlet Perlis itu mencipta rekod baru 14.82 meter, sekali gus memperbaharui rekod l4.19m yang dilakukan dalam edisi lalu di Kuala Lumpur.
Dengan disiplin yang tinggi serta latihan intensif, Zaiman kelihatan akan menjadi sandaran negara untuk meraih pingat dalam Sukan Deaflympics di Tokyo bulan depan.
"Saya mahu berterima kasih kepada jurulatih saya yang selalu melatih dan mengajar saya dengan bersungguh-sungguh sehingga saya mencapai rekod terbaik ini dalam hidup saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Klik Sini Sekarang

NIKE 15% OFF
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Klik Sini Sekarang