Skip to main content

Sukan Lain

SOPMA: Wilayah Persekutuan raih emas berganda 200m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sopma-wilayah-200m.jpg
Kontinjen Wilayah Persekutuan meraih emas berhanda dalam acara pecut 200 meter Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) menerusi dua atletnya, Zamir Azman dan Nur Adrina Zainudin, di Sarawak hari ini.

Zamir mencipta sensasi dalam kategori lelaki apabila memastikan kilauan pingat emas dengan catatan 22.89 saat.

"Ini merupakan kali pertama saya dapat emas acara 200m, sebelum ini hanya 100m. Saya hanya fokus untuk melakukan yang terbaik buat diri sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Sementara itu, Adrina pula cemerlang meraih pingat emas dalam kategori wanita dengan catatan masa 27.49 saat.

"Saya hanya mahu mencuba kerana saya rasa saya boleh dan akhirnya saya menang. Saya menyasarkan tiga emas untuk kejohanan ini," kata Adrina.

 
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video