Kem tenpin boling Sarawak mencetus sensasi dengan membutirkan dua pingat emas dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA), di laman sendiri hari ini.
Agan Ballang Kapong menceriakan kontinjen Sarawak menerusi kejayaan merangkul pingat emas pertama setelah mengumpulkan 996 jatuhan pin untuk mengetepikan pesaing dari Selangor, Ahmad Zainurin, dengan perbezaan 17 jatuhan pin, untuk bergelar juara perseorangan lelaki.
Mengikut jejak itu, Sia Chew Ing, yang cemerlang dalam acara wanita dengan 1014 jatuhan pin, di mana mata tertinggi, 192, diraihnya dalam game terakhir.
Dia menidakkan cabaran atlet Sabah, Irene Gubud, dengan perbezaan lima jatuhan pin untuk muncul juara keseluruhan.