Kontinjen Sabah berjaya mempertahankan gelaran juara keseluruhan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025, apabila sekali lagi berada di puncak dengan 17 emas, 13 perak dan lapan gangsa sekaligus peroleh jumlah insentif kemenangan terbesar, RM119,000.
Lebih mencuri tumpuan semestinya di gelanggang olahraga apabila nama Zaiman Megat Abu disebut-sebut sebagai prospek pingat menjelang Deaflympics Tokyo bulan hadapan.
Dalam sukan badminton pula, Hazmi Azis Shamsi dan Syed Muhammad Abdarra Iq antara yang mencuri tumpuan jurulatih badminton pekak kebangsaan Sabrina Chong, yang melihat mereka berpotensi untuk pergi lebih jauh dengan didikan yang tepat.
Manakala dalam acara tenpin boling, Syabil Azam antara nama yang disebut-sebut memiliki teknik dan kualiti balingan yang baik untuk diserap ke dalam skuad pekak kebangsaan.
Grab Cepat

Nike BIG Discount
Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!
Grab Cepat