SOPMA: Nethaneal julang boling tenpin perseorangan Sabah
Shaiful Shamsudin
Disember 4, 2023 18:08 MYT
Disember 4, 2023 18:08 MYT
Atlet Sabah, Nethaneal Siegfred Enson, menepati sasaran awal dengan meraih pingat emas acara perseorangan lelaki boling tenpin Sukan Orang Pekak Malaysia Edisi Ke-21 (SOPMA) di Ampang Superbowl, Subang Jaya hari ini.
Nethaneal melakukan 1202 jatuhan pin hari ini bagi mencerahkan harapannya demi mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
Ini merupakan penampilan keempatnya dalam SOPMA, lantas Nethaneal berharap pencapaiannya kali ini mendapat perhatian dan tersenarai untuk mewakili negara dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik akan datang.
"Perasan ini tidak dapat diungkapkan sebaik mendapat tahu keputusannya.
"Saya menjalani latihan secukupnya walaupun mempunyai masalah peruntukan.
"Jurulatih banyak memberi tunjuk ajar dan saya akan meneruskan saingan dalam beregu dan trio," katanya.