SUKAN LAIN

SOPMA: Imbuhan menanti atlet Sabah

Ammar Hakim 06/12/2023 | 10:07 MYT
Kontinjen Sabah kini menguntum senyum apabila Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin mengesahkan imbuhan bakal diberi kepada atlet yang membawa pulang pingat dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023.
Menurutnya, Sabah yang kini menghuni tangga pertama dalam catatan pingat terbanyak sepanjang empat hari kejohanan layak untuk menerima hadiah selepas prestasi yang membanggakan nama negeri di bawah bayu itu.
#SOPMA
;