SOPMA: Futsal wanita Perak pasang hajat ke final

Shaiful Shamsudin
Disember 4, 2023 18:03 MYT
Perlawanan pertama futsal wanita Sukan Orang Pekak Malaysia Edisi Ke-21 (SOPMA) menyaksikan Perak menundukkan saingan dari Wilayah Persekutuan 4-2 di Desa Melawati, hari ini.
Menurut ketua jurulatih Perak, Che Ahmad Din, hasratnya memang tertumpu untuk membawa anak buahnya beraksi di pentas akhir dan percaya dengan tekad serta semangat yang dipamerkan, ia mampu dicapai untuk edisi kali ini.
"Saya bangga dengan kemampuan pasukan saya.
\
"Saya harap dapat bawa Perak ke pentas final wanita esok.
"Walaupun tahu Sabah sangat kuat, saya yakin anak buah akan berikan tentang hebat," kata Che Ahmad.
Skuad bolasepak pekak Terengganu berjaya meranapkan impian pencabar terdekat, Sabah 3-2 di peringkat kumpulan.
Ketua jurulatih Terengganu, Mohd Amiludin Mohd Amin, percaya perlawanan hari ini ternyata lebih menguji tahap kemampuan anak buahnya berbanding pertemuan semalam bersama Kedah.
Tambahnya lagi, kehadiran tiga pemain yang mewakili Malaysia dalam Kejohanan Piala Dunia Bolasepak Pekak 2023, banyak memberikan impak positif untuk skuad penyu.
#SOPMA
;