Dia yang sudah dua tahun berkelana di Pulau Pinang kerana tuntutan kerja tidak melepaskan peluang untuk beraksi sekali lagi di kejohanan yang sama sekaligus mendominasi kategori wanita apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan dan beregu.
Dymphna Simon yang mula berkecimpung dalam sukan badminton sejak berumur 10 tahun raih 2 ? kategori perseorangan & beregu SOPMA 2023 ? pic.twitter.com/FlHcd4lIN3
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 7, 2023
Tambahnya lagi, berkat keluarga yang menyedari bakatnya dalam sukan badminton sejak berumur 10 tahun jadi titik mula buatnya yang kini punyai mimpi untuk beraksi di persada dunia.