Hari kedua Sooka Super Series Volleyball Malaysia 2022 menyaksikan Melaka Mousedeer mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menyekat Kuala Lumpur Shark dalam aksi sengit 3-2, hari ini.
Melaka kelihatan tidak berpeluang apabila ketinggalan dua set pertama kepada Kuala Lumpur berdasarkan keputusan 25-27 dan 24-26.

Namun, sifat enggan mengibarkan bendera putih dan terus bekerja keras apabila cuba merapatkan jurang mata yang menyaksikan Melaka mengimbangi kedudukan 2-2 dengan keputusan 25-14 serta 25-21 dalam set ketiga dan empat.
Bersambung set kelima, aksi semakin sengit tetapi Melaka yang mendahului 17-15 ke atas Kuala Lumpur menyaksikannya meraikan kemenangan sulung.
Dalam dua perlawanan terakhir malam ini, Selangor Lion meneruskan kesinambungan kemenangan semalam apabila menjinakkan Tiger Johor dengan straight set 3-0.
Sabah Rhino turut membuka kempen dengan bergaya selepas menundukkan pencabar yang juga dari Borneo, Sarawak Hornbill.