Skip to main content

Sukan Lain

Sooka Super Series Volleyball: Faktor kecederaan tidak jejas misi Melaka Mousedeer berdepan Johor Tiger

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-mousedeer.jpg
Ketua jurulatih Melaka Mousedeer, Mohd Halim A. Samad, menyatakan bahawa pasukannya sama sekali tidak akan memandang rendah ke atas skuad Johor Tiger, apatah lagi beberapa pemain utamanya kini dilanda kecederaan.

Melaka mendahului seteru dari selatan itu dengan empat mata selepas lima perlawanan untuk menghuni tangga ketiga Sooka Super Series Volleyball, 

"Kami perlu curahkan segala kudrat ketika bertemu Johor. 

"Pemain-pemain saya ada yang mengadu mengalami kecederaan ringan tetapi ia makin berkurangan," kata Mohd Halim menjelang pertembungan di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen, Shah Alam esok. 








Sementara itu, ketua pasukan Sang Kancil, Hafizuddin Halim, berharap rakan seperjuangan dapat mengekalkan momentum untuk mendominasi kedudukan tiga teratas di sebalik empat pemain tidak dapat turun dalam sesi latihan akibat komitmen lain.

"Tiada masalah dengan pemain yang tidak dapat mengikut latihan. Kami sudah serasi beraksi bersama-sama. 

"Kami belum pasti lagi tahap momentum dan kecergasan tapi saya harap mereka ambil inisiatif untuk membuat persiapan," katanya. 



 

Advertisement

Must Watch Video