Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL: Selangor Angels tambah duka Kedah Sunshine

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eosr6318.jpg
Kedah Sunshine terpaksa meratapi kekalahan kedua berturut-turut apabila tewas kepada Selangor Angels 64-36 dalam saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Selepas mengalami kekalahan 63-24 semalam kepada Johor Jewels, Kedah berdepan satu lagi tugas sukar bertemu pasukan yang menamatkan saingan NSL 2021 di tempat ketiga, Selangor.

Permulaan yang baik di awal permainan dipamerkan Kedah, namun Selangor meningkatkan intensiti permainan sebelum menamatkan suku pertama 17-5.

Skrip yang sama berulang di suku kedua apabila Selangor menggunakan kelebihan daripada corak permainan yang lebih kemas memastikan kutipan mata demi mata untuk menjarakkan kedudukan sebelum menamatkan separuh masa mendahului 37-12.

Ketiadaan bekas penyerang utama, An Najwa Azizan, yang berhijrah menyertai Johor Jewels bagi musim ini tidak merencatkan usaha Selangor untuk terus mendapatkan mata apabila melebarkan kedudukan 55-21 di suku ketiga.

Selangor memastikan mereka memperoleh kemenangan pertama bagi musim ini selepas menamatkan permainan dengan keputusan 64-36.
 

Advertisement

Must Watch Video