Selangor Angels bangkit daripada kekalahan kepada juara betahan, KL Wildcats selepas mengatasi Perak Phoenix menerusi kemenangan 51-42 dalam aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 sebentar tadi.
Selangor menampilkan corak permainan yang berkualiti di awal suku pertama apabila melancarkan serangan demi serangan sebelum mendahului 15-8.
Perak bagaimanapun tidak ketinggalan bagi menunjukkan taring mereka apbila menghadirkan tekanan kepada Selangor namun lawan mengekalkan strategi yang ditetapkan sebelum menamatkan separuh masa pertama mendahului 26-17.
Selangor terus melangkah ke hadapan apabila berjaya mendahului suku ketiga dengan kedudukan 42-32 sebelum menoktahkan kemenangan 51-42.
Sementara itu, Kedah Sunshine akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama dalam saingan kali ini apabila mengatasi Melaka Mystic 53-41.