NSL
Sooka NSL: Perak Phoenix lakar kemenangan sulung
Perak Phoenix membuka tirai saingan Sooka Netball Super League (NSL) dengan kemenangan susulan mengatasi Negeri Sembilan Venom di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Saingan Sooka NSL kembali dengan perlawanan pembukaan antara pasukan tempat keempat musim lalu iaitu Perak Phoenix menentang Negeri Sembilan Venom.
Phoenix bermula garang mendahului 10-4 hasil jaringan ketua pasukan, Khairunnisa Nazri, yang mencatatkan sembilan mata secara keseluruhan di suku pertama, sekaligus membenarkan Perak mendahului 12-9.
Iklan
Skrip sama di suku kedua, di mana Khairunnisa meneruskan aksi cemerlang untuk Perak kekal mendahului 16-9, langsung tidak memberi Negeri Sembilan peluang bangkit menyamakan kedudukan.
Namun, banyak peluang dipersiakan Dayang Haflizawati, yang gagal menyempurnakan balingan sehingga jurulatih Negeri Sembilan terpaksa buat pertukaran, hanya 56 peratus ketepatan gol oleh pasukan Negeri Sembilan, berbanding 74 peratus oleh Perak untuk kedudukan separuh masa yang memihak Perak 20-14.
Dominasi perlawanan kekal dipegang Perak, dengan jaringan tidak lain dan tidak bukan oleh Khairunnisa dan peratusan ketepatan gol ditingkatkan kepada 76 peratus, sehingga Perak menutup suku ketiga 33-21.
Negeri Sembilan cuba bangkit di suku terakhir, namun Perak jelas berada di kelas tersendiri apabila berjaya mengawal perlawanan dengan penguasaan sebanyak 55 peratus sebelum menutup saingan dengan keputusan 42-32.
Must-Watch Video