Kuala Lumpur (KL) Wildcats dan Selangor Angels menampilkan pertembungan paling menarik dalam saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 apabila menghadirkan perlawanan yang cukup sengit.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, KL Wildcats berjaya memastikan kemenangan 55-40 sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan bersama-sama dengan Johor Jewels.
Suku pertama menyaksikan Selangor dan KL saling mengutip mata demi mata sehingga berjaya menyamakan kedudukan 12-12.
Corak permainan yang sama dalam suku kedua, skuad kendalian Norizan Rajab itu berjaya memastikan kelebihan memihak mereka apabila menamatkan suku masa kedua dengan mendahului 29-23.
Balingan konsisten Puteri Intan Balqis Ahmad Zulkefli menjadi kunci utama dalam memastikan KL Wildcats berjaya meraih mata dan membenarkan pasukan mendahului 43-32.
Selangor berusaha untuk bangkit dalam suku keempat namun KL berjaya memastikan kemenangan mutlak 55-40.