Johor Jewels dan KL Wildcats bakal berdepan di pentas final Sooka Netball Super League (NSL) 2022, selepas berjaya memastikan kemenangan ke atas lawan masing-masing di Stadium Juara, sebentar tadi.
Johor Jewels bertemu Pahang Tulips di sebelah petang menampilkan gerak permainan yang konsisten seperti yang ditampilkan sepanjang musim ini, dominasi di setiap sudut gelanggang memastikan mereka melakar kemenangan selesa 73-54.
Sementara KL Wildcats dipaksa bekerja keras apabila bertemu Selangor Angels, selepas kedua-dua pasukan saling memperoleh mata demi mata sepanjang permainan.
Hanya dipisahkan dengan tujuh mata, KL Wildcats berjaya melakar kemenangan 57-50 sekaligus hadir ke pentas final dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dalam edisi terdahulu.