Pertembungan dua pasukan kelompok teratas Sooka Netball Super League (NSL) menyaksikan Johor Jewels mengekalkan penguasaan dengan menewaskan KL Wildcats 56-49 di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.
Kemenangan terbaru itu juga menyaksikan Jewels kini berkelebihan tiga mata di depan Wildcats selepas kedua-dua pasukan terikat dengan 15 mata sepanjang lima perlawanan pertama.
Dalam pada itu, kekalahan dalam aksi berkenaan menyaksikan kedudukan Wildcats kian dihampiri pasukan di tangga ketiga, Selangor Angels, yang kini turut menghimpunkan 15 mata selepas menewaskan Pahang Tulips 59-50
Kedah Sunshine pula masih bergelut mencari kemenangan kedua apabila tewas 49-66 kepada Perak Phoenix.

Pemain bintang Johor Jewels, An Najwa masih dahagakan kemenangan dan menagih lebih lagi dari pasukannya untuk perlawanan akan datang disamping berbangga dengan aksi hari ini. #RuleTheCourt #SookaNSL2022 pic.twitter.com/rK0A9UTzI8
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 18, 2022