Johor Jewels menepati ramalan apabila muncul juara Sooka Netball Super League (NSL) 2022 apabila mengatasi KL Wildcats di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Aksi yang ditunggu-tunggu menemukan juara musim lalu, KL Wildcats dan rival utama musim ini, Johor Jewels -- yang hadir sebagai pencabar utama susulan musim cemerlang ditampilkan barisan pemain kendalian Fazira Mesnan itu.
Wildcats yang turun mempertahankan gelaran mereka, menampilkan permainan serba tidak menjadi daripada sudut taktikal di suku pertama hingga ketinggalan 11-1 sebelum Jewels mengekalkan momentum untuk mendahului suku pertama 17-8.
Memasuki suku kedua, KL mula mempamerkan taring dengan bantuan tonggak utama selaku kapten mereka, Nur Diyanah Sabadinee untuk kekal merapatkan jurang mata namun Johor terus mendominasi permainan untuk menafikan kebangkitan lawan 31-20.
Permainan semakin hangat apabila masuk suku ketiga apabila corak permainan Jewels semakin perlahan dan situasi itu diambil manfaat Wildcats untuk merapatkan jurang 39-34.
Debaran kian terasa di suku masa terakhir kerana peluang kemenangan masih terbuka buat kedua-dua pihak namun Jewels mula mengorak langkah untuk terus menjarakkan mata.
Berbaki lapan minit, peluang Wildcats semakin samar akibat kawalan bola yang kurang baik berbanding Jewels yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan mata setiap kali di depan jaring untuk memastikan kemenangan musim ini selepas menamatkan saingan 50-40.
Keputusan lain:
Pemain muda Terbaik -- S. Pavitrah (KL Wildcats)
Pertahanan Terbaik -- Gayani Samanthika (Johor Jewels)
Penyerang Terbaik -- Fariha Razak (Johor Jewels)
Penjaring Terbaik -- Maisarah Affandi (Pahang Tulips)
Pemain Paling Bernilai -- Nordiyanah Noor Sabadinee (KL Wildcats)