Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL 2022: Selangor Angels akhiri saingan di tempat ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-angels-vs-pahang-tulips_30.jpg
Selangor Angels mengekalkan tempat ketiga saingan Sooka Netball Super League (NSL) 2022 yang diraih musim lepas dengan menewaskan Pahang Tulips 69-66 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Tulips dan Angels memulakan aksi dengan rentak permainan yang cukup pantas, Suku pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ke kubu masing-masing. 

Namun kelebihan yang dimiliki Angels memastikan mereka mendahului 14-11 di suku pertama. 

Tulips memastikan mereka hadir ke aksi penentuan ketiga-keempat mahu mencari kemenangan, walaupun turun tanpa kelibat pemain berpengalaman Norashikin Kamal Zaman, namun Siti Maisarah Affandi tidak mensia-siakan peluang didepan jaring dan membantu Tulips mendahului 26-22 di suku kedua. 

Baki 30 minit digunakan sebaiknya oleh Tulips selepas banyak percubaan l. Karishma dan Aminah Ahmad dipatahkan benteng pertahanan Tulips.

Tetapi usaha kedua-dua pasukan mempamer kebangkitan dengan tempo permainan pantas sehingga suku keempat dengan kedudukan terikat 53-53 sehingga tamat suku keempat sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Tuah nyata memihak Angels dalam masa tambahan dengan aksi kejar-mengejar dipertonton untuk keputusan berakhir 69-66.





 

Advertisement

Must Watch Video