Skip to main content

Bola Jaring

Sooka NSL 2022: KL Wildcats miliki ramuan atasi Johor Jewels

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kl-wildcats.jpg
Menjelang perlawanan tumpuan saingan Sooka Netball Super League (NSL), jurulatih KL Wildcats, Norizan Rajab, mempunyai kejutan dalam aksi berdepan Johor Jewels esok.

Tambahnya, dia tidak gentar atau risau biarpun bekas kapten pasukan juara bertahan itu, Nur Syafazliana Mohd Ali kini beraksi bersama Johor.

Norizan juga mengakui pasukan lawan pasti menghadapi tekanan lebih tinggi selaku pendahulu liga dan KL Wildcats yakin akan memberikan cabaran sengit.

"Kita memerlukan banyak strategi bagi menghadapi lawan seperti Johor Jewels. Walaupun terdapat beberapa pemain kali telah menyertai mereka, saya percaya barisan pemain yang diturunkan mampu memastikan kemenangan," kata Norizan.

Pemain KL Wildcats, S. Pavitrah, pula mahu menggandakan kejayaan peribadi untuk membantu pasukannya meraih tiga mata.

Pavitrah yang mewakili pasukan itu bagi musim kedua, baru sahaja meraikan kejayaan mencapai keputusan cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 7A.

 

Advertisement

Must Watch Video