Juara Piala Dunia Ragbi dua kali, Sonny Bill Williams, dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Kedah bagi tempoh dua tahun yang bermula 1 November lalu.

Bekas bintang New Zealand itu akan menerima watikah pelantikan pada 10 Disember depan.

AIU mendukung pencapaian bekas tonggak All Blacks itu dalam arena sukan yang menggapai reputasi cemerlang selain memperjuangkan usaha kemanusiaan perlu diberi pujian.



"Penglibatannya akan memperkukuh visi universiti untuk mewujudkan persekitaran pendidikan transformatif dengan kepimpinan berasaskan nilai bertemu kecemerlangan akademik,” menurut kenyataan rasmi AIU.