E-SUKAN

Soloz mahu Honor of Kings miliki liga sendiri di Malaysia

Saufi Tahir 16/03/2025 | 09:24 MYT
Ikon E-Sukan negara, Faris Zakaria, atau lebih dikenali sebagai 'Maharaja Soloz' mahu melihat perkembangan positif bagi judul permainan Honor of Kings (HOK) di Malaysia.
Soloz yang sinonim dengan permainan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) memainkan peranan baru untuk mempromosikan judul permainan HOK di malaysia bagi musim 2025.
Antara pembaharuan dalam ekosistem permainan ini, Soloz teringin melihat liga profesional pertama negara bagi meningkatkan kelompok pemain aktif dalam negara.
"Sebenarnya lebih bagus jika ada liga sendiri, sebelum ini saya tidak mengikuti sangat tetapi apabila pasukan negara sudah mara ke final baru tahu.
"Akan dating jika ada liga sendiri setiap tahun lagi banyak persaingan untuk berkembang, pada saya HOK tidak rumit cuma dia lebih mencabar.
"Untuk tahun ini hadiah kejohanan untuk HOK agak tinggi juga." katanya.
#E-Sukan #Soloz #Honor of Kings