Skip to main content

Sukan

Sold out, sunburn dan PB: BOOM+ Run 2025 Edition

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boom.jpg
BOOM+ Run 2025 di Putrajaya menjadi salah satu pengalaman paling manis dalam perjalanan larian saya. Ini merupakan half marathon kedua saya dalam tempoh setahun, dan kali ini saya datang dengan lebih keyakinan selepas beberapa bulan persiapan. 

Daripada awal lagi suasana sudah terasa meriah dengan ribuan pelari berkumpul, menjadikan acara ini penuh 'hype' sehingga ia habis terjual (sold out) dengan beberapa kategori dipertandingkan, 10 kilometer (KM), 21km dan 30km.

Apa yang membuatkan larian kali ini lebih istimewa adalah pencapaian peribadi terbaik (PB) saya. 

Saya dapat merasakan peningkatan yang ketara berbanding larian pertama sebelum ini -- bukan sahaja daripada segi 'pace', tetapi juga cara saya mengawal stamina dan tenaga sepanjang 21km.

Bagaimanapun, cabarannya tetap ada. Laluan dengan banyak elevation membuatkan saya perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan rentak. Ditambah pula dengan cuaca panas terik pada hari tersebut, benar-benar menguji mental dan fizikal, namun semangat untuk menamatkan larian dengan catatan terbaik terus mendorong saya ke garisan penamat.

Bak kata pelari profesional seperti Allison Phuise, ‘pacak pacak pacak flat flat, pacak pacak’. Mungkin kalau route lebih mudah, masa lebih baik boleh dicatat. 

Saya mengakhiri larian 21KM dengan catatan masa 2 jam 55 minit. Okay la tu kan? Hehe.  

Secara keseluruhannya, BOOM+ Run 2025 memang sempoi, pengalaman ini memberi inspirasi untuk terus maju, dan saya semakin bersemangat untuk mencabar diri dalam larian-larian akan datang. 

Here’s to more Half Marathon! 
 
Running

Setiap Langkah Bawa Kejayaan

Kasut lari yang direka untuk sokongan & ketahanan — sesuai untuk semangat juara dalam diri anda.


Ready, Set, Go

Advertisement

Must Watch Video