Sokongan ramai tiup semangat pelumba motorcross negara hadapi barah di kepala

Shaiful Shamsudin
November 1, 2024 19:03 MYT
Di sebalik kegembiraannya berpeluang terlibat dalam kemeriahan sekitar penganjuran MotoGP Malaysia hujung minggu ini, terselit kisah duka yang ditanggung pelumba motocross negara, Mohd Habibullah Saleh,
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, sempat bertanyakan keadaan 'Gabit' yang menderita barah sejak 2022 dan disahkan sembuh. Tetapi dua minggu lalu menerima perkhabaran penyakit itu kembali dan tidak boleh dibedah.
"Saya juga terkejut dapat berada di sini kerana ia merupakan tempat buat pelumba-pelumba negara menampilkan kelajuan sebenar.
"Sebelum ini saya memperjuangkan 'jiwa pendekar' saya iaitu sukan motorcross tetapi pada 2021, saya berubah kerana perlu berlawan pula dengan penyakit kronik, barah.
"Saya mengambil masa tiga tahun dan berjaya sembuh, namun minggu lalu mendapat perkhabaran duka apabila barah tersebut datang semula di bahagian kepala tetapi tidak pasti tahap berapa.
"Saya sangat berasa rendah diri sebaliknya harus lebih berjuang, khususnya mendapat sokongan daripada semua orang membuatkan saya terharu dan berterima kasih.
"Saya sendiri sudah lalui perjalanan sukar ini. Jangan putus asa selagi membawa nama negara dan membanggakan keluarga dalam bidang permotoran ini.
"Apa yang terjadi, jiwa berlumba sentiasa ada," katanya.
#Permotoran #MotoGP Malaysia #Motorcross #Gabit #Mohd Habibullah Saleh
;