Skip to main content

Sukan SEA

Sofian hadapi kekangan jalani persiapan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sofian.jpg
Menjelang Sukan SEA Filipina yang berbaki lima bulan sahaja lagi, pelumba basikal lebuh raya negara, Sofian Nabil Omar Bakri, berhadapan kesukaran tiada pasukan tetap untuk berlatih bersama sementara menanti tarikh muktamad kem latihan pusat.

Sofian adalah antara enam pelumba yang disenaraikan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk acara lepas beramai-ramai dalam Sukan SEA Filipina, November depan.

Tatkala pelumba lain masih meneruskan latihan bersama pasukan kelab masing-masing sebelum menanti tarikh kem latihan pusat skuad kebangsaan, Sofian pula terpaksa menumpang berlatih dengan pasukan lain memandangkan dia tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Yusof Abd Nasir, tidak khuatir kerana Sofian sudah pun berkongsi pelan latihanya dan difahamkan dia kini menjalani latihan bersama pasukan pelapis Majlis Sukan Negara (MSN).

"Saya berasakan ia tidak ada masalah dan Sofian meneruskan latihan seperti biasa serta menyertai beberapa perlumbaan bersama pasukan Selangor dan kami akan memantau prestasinya," katanya.

Sofian pernah mencipta sensasi apabila menyarung jersi putih pelumba terbaik Asia dalam peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL), April lalu.

Advertisement

Must Watch Video