Skip to main content

Sukan Lain

Sofbol, tinju jadi sukan wajib -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

screenshot-2025-08-05-193358.png
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan bahawa sukan sofbol dan tinju ditukar menjadi sukan wajib bermula dari SUKMA Selangor pada 2026.

Dalam pada itu, empat sukan yang ditambah menjadi sukan pilihan adalah catur, kriket, kabadi dan e-sukan.

Selain itu, Hannah juga menyifatkan bahawa temasya SUKMA Selangor turut menjanjikan elemen keunikan yang akan dipersembahkan kepada semua atlet yang bertanding serta rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang kontinjen negara.

Hannah turut mengakui bahawa pemerkasaan sukan wanita juga akan menjadi antara agenda utama yang akan bermula pada temasya SUKMA Selangor 2026.

"Kekurangan dana untuk menyokong penyertaan pasukan wanita sering  menjadi isu dan sekaligus acara tersebut akan digugurkan jika kurang penyertaan pasukan wanita."

"Kementerian Belia dan Sukan kini mahu membantu untuk mewujudkan keadaan yang sama rata." - katanya

Dalam perkembangan lain, Hannah Yeoh tidak melihat kegagalan wakil Malaysia Selangor Red Giants.OG Esports mempertahankan kejuaraan MSC 2025 sebagai satu bencana, malah dia menganggap mereka telah memperjuangkan segala-galanya untuk mara ke peringkat akhir.

"Saya ucapkan syabas kepada pasukan SRG.OG kerana mampu untuk mara ke peringkat akhir kejohanan."

Advertisement

Must Watch Video