Skip to main content

Sukan Lain

SM. Muthu kembali cabar kerusi panas olahraga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sm-muthu.jpg
Bekas Presiden Malaysia Athletics (MA), Datuk SM. Muthu bersedia merebut jawatan nombor satu badan induk itu dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Ia menyaksikan Muthu kembali menunjukkan minat posisi nombor satu yang ketika ini disandang oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bagaimanapun, Muthu -- yang juga Presiden Olahraga Petaling terlebih dahulu perlu menyelesaikan beberapa isu dalaman yang membabitkan Persatuan Olahraga Selangor (2023).

Difahamkan Muthu mendapat mandat daripada enam daerah Persatuan Olahraga Selangor (POS) untuk merebut jawatan presiden POS.

Usaha Nadi Arena yang cuba mendapatkan reaksi Presiden POS, Nurhayati Karim, masih belum menerima sebarang jawapan.

"Enam daerah POS tidak berpuas hati dan presiden MA perlu ditukar. 

"Kami sudah hantar surat dan AGM perlu dilakukan dalam sebulan ini. Kami mahu mengambil tindakan yang betul. 

"(Kami mahu) bersihkan masalah yang ada masa ini," katanya. 


 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video