Skip to main content

E-Sukan

Skyzed cipta sejarah baru MPLMY S15

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kkk.jpg
Muhammad Taufiq Hidayat atau lebih dikenali sebagai Skyzed, telah mencipta sejarah selaku pemain Malaysia pertama meraih dua 'Savage' dalam masa satu minggu di pentas Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY).

'Gold Laner' skuad DX Soul, pasukan baru di pentas MPLMY, cemerlang merekodkan prestasi luar biasa di minggu kelima saingan MPLMY musim ini bersama pasukan dengan meraih kemenangan dalam kedua-dua aksi menentang Todak dan Team Rey pada Jumaat dan Sabtu.

Pemain berusia 24 tahun itu juga sekali gus menyamakan rekod raja Gold Laner, Innocent yang meraih dua 'savage' pada minggu diraja.

DX Soul kini berada di tangga kelima carta MPLMY musim ke-15 dengan 11 mata, merekodkan empat kemenangan dan kekalahan di aksi debut pentas E-Sukan tertingi Malaysia setakat minggu kelima. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video