Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Wanita Dunia: Hadiah Deepavali terbaik Sivasangari

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sivasangari_1.jpg
Ia adalah hadiah Deepavali terbaik buat jaguh skuasy wanita negara, S. Sivasangari, apabila mara ke pusingan ketiga Kejohanan Wanita Dunia di Mesir awal pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang mengejutkan pemain di ranking kelapan dunia dari Amerika Syarikat, Amanda Sobhy, dalam pusingan pertama, mempamerkan satu lagi aksi cemerlang dengan menumpaskan pemain ke-29 dunia, Milou Van Der Heijden, 11-4, 6-11, 12-10, 11-9 dalam pusingan kedua.

"Saya rasa yakin selepas menewaskan Amanda dalam pusingan pertama.

"Yang pasti, Milou adalah pemain yang bagus dan telah bermain dengan baik, jadi saya perlu fokus setiap perlawanan dan setiap mata,” kata Sivasangari yang dipetik daripada laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA), www.psaworldtour.com.

Mengenai perlawanan seterusnya menentang pemain ke-11 dunia, Hania El Hammamy, Sivasangari berkata mereka telah banyak kali bertemu dalam pelbagai pertandingan di peringkat kejohanan remaja dan dia mengintai satu lagi kemenangan ke atas pemain muda Mesir itu.

Hania, pemain pilihan ke-14, mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan pemain pilihan ke-27, Donna Lobban, 11-6, 11-8, 11-9.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video