Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari, Rachel lolos ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sivasangari.jpg
Pemain skuasy wanita nombor 1 negara, S. Sivasangari, menepati ramalan untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura selepas berjaya menjinakkan wakil Finland, Emilia Soini.

Kekecewaan di Kejohanan Piala Malaysia apabila terkandas di separuh akhir menyemakkan lagi semangat Sivasangari untuk menang.

Menang mudah di set pertama 11-6, pemain berasal Kedah itu langsung tidak memberikan harapan buat lawannya yang menghuni ranking ke-52 dunia untuk bangkit.

Mudah meelepasi set kedua dengan kemenangan 11-4, Sivasangari terus memaksa Emilia melakukan banyak kesilapan.

Ia memudahkan tugas pemain negara ini untuk menamatkan set ketiga dengan selesan tanpa tentangan sengit lawan.

Akhirnya Sivasangari membenam Emilia dengan kemenangan 11-3 di set ketiga untuk dia mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura.  

Sementara itu, finalis Kejohanan Skuasy Piala Malaysia, Rachel Arnold, mempamerkan aksi terbaik untuk mengikut jejak langkah rakan senegara S. Sivasangari ke pusingan kedua apabila mudah tewaskan lawannya dari Singapura, Au Yeong Wai Yan dalam masa hanya 22 minit sahaja. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video