Skuasy Terbuka Singapura: Ng Eain Yow, S. Sivasangari teruskan kemaraan ke separuh akhir
Saufi Tahir
November 22, 2024 16:03 MYT
November 22, 2024 16:03 MYT
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, terlebih dahulu terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan lawan dari Perancis, Victor Crouin, dalam Kejohanan Squasy Terbuka Singapura, di OCBC Arena, sebentar tadi.
Tempoh 1 jam 47 minit diperlukan juara squash Terbuka Malaysia itu untuk menyingkirkan lawan yang merupakan pilihan keempat kejohanan itu, 9,11,12-10,11-1,6-11,20-18, sekali gus mara ke pusingan separuh akhir esok.
Dalam set terakhir menyaksikan pertarungan epik antara kedua-dua pemain dengan set terakhir berlangsung selama 40 minit dengan kemenangan 20-18 berpihak pada wakil negara.
Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, S. Sivasangari Subramaniam, meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan lawan muda dari Mesir, Fayrouz Aboelkheir, 9-11,11-3,7-11,11-8,11-2, untuk mara ke separuh akhir.
Sivasangari berjaya bangkit dua kali untuk mengheret pemain pilihan keenam kejohanan itu ke set penentuan sekaligus mara ke pusingan separuh akhir dengan kemenangan dalam set terakhir 11-2 sepanjang tempoh 46 minit perlawanan..
Kedua-dua wakil negara itu akan meneruskan cabaran dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Squasy Terbuka Singapura, esok.