Low Wee Wern menepati ramalan dalam misi mempertahankan kejuaraan apabila mengesahkan kemaraan ke pentas final Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
"Saya sangat gembira mara ke final. Saya berharap tiada masalah daripada segi fizikal untuk menghadapi halangan terakhir dan muncul juara," katanya selepas pertarungan di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.
Aksi separuh akhir menyaksikan Wee Wern selaku juara bertahan dan juga pilihan kedua mencongak perhitungan dengan wakil Hong Kong, Vanessa Chu.
Set pertama tidak menghadirkan masalah untuk pemain di ranking ke-34 dunia itu mencorakkan hala tuju permainan apabila menang 11-5.
Tetapi Vanessa enggan memberikan laluan mudah buatnya selepas berjaya merampas set kedua 11-4.
Mujur pemain berusia 29 tahun itu berupaya bangkit dalam mengelak pertemuan diheret lebih lanjut apabila merampas dua set berikutnya 11-2 dan 11-8.
"Lawan saya memberikan tentangan dalam set kedua, namun saya berjaya bangkit memenangi dua set berikutnya," katanya lagi.