Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari dominasi aksi pusingan kedua dengan santai
Adli Aidy
November 13, 2024 19:16 MYT
November 13, 2024 19:16 MYT
Pemain skuasy yang berada di ranking kesembilan dunia, Sivasangari Subramaniam, mendominasi pusingan kedua selepas menumpaskan Nour Heikal dalam Skuasy Terbuka Malaysia di pusat beli belah The Curve, Mutiara Damansara, hari ini.
Atlet skuasy kelahiran Kedah itu mempamerkan aksi memukau dengan mendahului keputusan selesa dalam dua set 11-4 dan 11-5 ke atas lawannya.
Sivasangari memberi tekanan hebat kepada Nour dengan jauh meninggalkan mata di dua set terawal. Asakan Nour berjaya merapatkan jurang mata di set ketiga selepas ketinggalan empat mata.
Result: ACE Malaysia Squash Cup Women's RD2 ?? [1] @sangari_99 beats Nour Heikal ?? 3-0: 11-4, 11-5, 11-9 (23m)#MalaysiaSquashCup pic.twitter.com/odRMh2yGmp
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) November 13, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, atlet berusia 25 tahun itu bangkit untuk menoktahkan perlawanan dengan keputusan 11-9 di set ketiga, sekali gus meraih kemenangan straight set ke atas Nour.
Sivasangari bakal menghadapi cabaran di pusingan suku akhir bertemu wakil senegara, Aifa Azman, Jumaat ini.
"Ini adalah perlawanan pertama saya di kejohanan dan secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan prestasi saya hari ini dapat menamatkan perlawanan straight set."
"Nour Heikal masih muda dan saya waspada dengan kecergasan dan semangat pemain muda, jadi saya rasa bersyukur dapat meraih kemenangan."
"Buat masa sekarang, saya mahu focus kepada prestasi diri sendiri dan enggan terlalu memikirkan tentang lawan dan keputusan perlawanan." kata Sivasangari