Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Terbuka Malaysia: Addeen, Aifa mahu cari ramuan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

addeen.jpg
Pemain skuasy negara, Addeen Idrakie dan Aifa Azman, perlu merancang strategi yang padu menjelang saingan Kejohanan Terbuka Malaysia.

Ini susulan mereka diberikan slot 'wild card' dan bakal berdepan pemain di ranking yang lebih tinggi dari luar negara dalam pusingan pertama.

Addeen akan membuka tirai cabaran bertemu dengan Yip Tsz Fung, pemain nombor 1 dari Hong Kong, yang pernah menewaskannya pada 2018. 

"Buat masa ini, saya menilai persembahannya dalam kejohanan terdahulu dan saya memiliki idea dan perancangan sebelum pertemuan dengannya," kata Addeen. 

"Matlamat saya dalam saingan kali ini adakan membuktikan bahawa saya benar-benar layak meraih wild card bagi kejohanan ini."

Manakala Aifa percaya kejohanan tersebut adalah peluang yang baik bagi dia keluar dari zon selesa dan melonjakkan prestasi semasanya. 

Advertisement

Must Watch Video