Skuasy Terbuka Hong Kong: Harungi aksi penuh dramatik, S. Sivasangari terlepas peluang ke separuh akhir
Ammar Hakim
Disember 1, 2023 19:33 MYT
Disember 1, 2023 19:33 MYT
Perjalanan pemain skuasy negara, S. Sivasangari, dalam saingan Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong berakhir di suku akhir sebentar tadi.
Bertemu pilihan keempat kejohanan, Nele Gilis, dari Belgium, Sivasangari menampilkan aksi pembukaan menakjubkan apabila merampas set pertama 11-3.
Pemain lawan bangkit dengan kemenangan dua set berikutnya 11-8, 11-6 sebelum Sivasangari mengikat kedudukan dengan kemenangan 12-10 untuk mengheret permainan ke set penentuan.
That is just too good from @NeleGilis ?#HKOpen pic.twitter.com/G4X9LG0I8f
— PSA World Tour (@PSAWorldTour) December 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pemain saling mengutip mata demi mata namun perlawanan memihak Gilis apabila memenangi set kelima 11-9 dalam pertarungan yang melewati 56 minit itu.
Result: TTI Milwaukee Hong Kong Squash Open 2023 Women’s QF ?? [4] @NeleGilis beats @sangari_99 ?? 3-1: 11-8, 11-6, 10-12, 11-9 (56m)#HKOpen pic.twitter.com/h91rikcKzV
— PSA World Tour (@PSAWorldTour) December 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.