Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy SRAM-PSA 6:  Yiwen, Syafiq hampiri gelaran juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chen-yiwen.jpg
Separuh akhir Kejohanan Skuasy SRAM-PSA 6 menyaksikan Chen Yiwen dan Syafiq Kamal  menempah tiket ke final Ahad ini selepas mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

Tumpuan perlawanan di Pusat Nasional Skuasy, Bukit Jalil, sebelah petang hari ini semestinya di antara pemain lelaki pilihan kedua Syafiq dan pilihan ketiga, Addeen Idrakie.

Sementara itu, saingan separuh akhir wanita menemukan pilihan keempat kejohanan, Yiwen berdepan pemain muda yang mencipta kejutan dalam aksi suku akhir ke atas Aira Azman, semalam. 

Namun, Yiwen terlebih dahulu di depan biarpun dapat asakan sengit Aira menerusi kemenangan 11-9 dalam set pertama.

Bagaimanapun, Aira bangkit dan mengikat kedudukan kepada 1-1 hasil kemenangan 11-7 dalam set kedua.

Pertarungan set ketiga semakin mendebarkan apabila kedua-dua pemain saling mencuri mata tetapi kemenangan memihak Yiwen yang meraih mata kedua selepas menawan set ketiga 11-9.

Enggan diheret ke aksi set kelima, Yiwen menamatkan cabaran Aira yang merupakan adik kepada pilihan utama kejohanan, Aifa Azman, dengan mengungguli set keempat 11-6 sekali gus mara ke final. 

"Saya sedar hilang tumpuan dalam set kedua, saya tidak dapat laksanakan perancangan. 

"Selepas itu barulah saya bangkit dalam set ketiga," kata Yiwen. 
 

Advertisement

Must Watch Video