SUKAN LAIN

Skuasy Remaja Kebangsaan: Joachim tidak ambil mudah pertahan gelaran

Shaiful Shamsudin 24/01/2022 | 14:00 MYT
Pemain skuasy negara, Joachim Chuah, yakin dapat mempertahankan kejuaraan kategori lelaki B-19 Kejohanan Remaja Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil yang bermula hari ini.
Joachim percaya saingan kali ini lebih tinggi dan tidak gentar untuk berdepan cabaran.
"Semangat saya tinggi, ramai yang datang bertanding sebagai 'underdog' tapi saya harap dapat atasi semua lawan.
"Semua pesaing adalah sukar, mereka berikan cabaran berbeza tapi saya akan turun dengan perancangan sendiri demi mencapai kemenangan," katanya.
Sementara itu, juara kategori B-17 musim lalu, Harith Danial Jefri, perlu berhati-hati terutama ketika bertemu rakan sepasukan, Low Wan Sern, yang pernah menewaskannya dalam Kejohanan SRAM PSA tahun lalu.
"Sukar untuk atasi Wan Sern dan bukan senang untuk pertahan kejuaraan tahun ini.
"Selepas dua bulan persiapan, saya yakin sudah cukup bersedia untuk kekalkan kejuaraan," katanya.
Sementara itu, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) turut memperkenalkan laman sesawang rasmi dalam Majlis Perasmian Kejohanan Remaja Kebangsaan.
;