SUKAN LAIN
Skuasy Remaja Dunia: Adam kandas pusingan kedua
Selepas meraih kemenangan straight set ke atas lawan dalam pusingan pertama, Adam Agan Aziz gagal meneruskan perjalanannya dalam Kejohanan Skuasy Remaja Dunia apabila tewas mudah 1-3 di tangan wakil Mesir, Yehia Elnawasany, di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Adam menampilkan prestasi cemerlang dalam penampilan pertamanya selepas menang mudah ke atas wakil Hong Hong, Au Lap, 11-8, 11-6, 11-8, semalam.
Bagaimanapun, turun berdepan Elnawasany, dia terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan 3-1.
Adam bermula dengan langkah kanan apabila memenangi set pertama 11-6, namun dia hilang rentak apabila tewas set kedua 3-11.
Elnawasany, yang berada di ranking ke-174 dunia, meneruskan permainan cemerlang apabila mengatasi wakil negara itu dengan kemenangan dua lagi set 11-6, 11-3, sekaligus memastikan kemaraan ke pusingan ketiga.
Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Area jam 7.30 dan 11 malam ini.