SKUASY
Skuasy Piala Malaysia: Sivasangari, Eain Yow tepati ramalan ke separuh akhir
Dua perseorangan negara menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Piala Malaysia selepas menewaskan lawan masing-masing di Seremban sebentar tadi.
Perseorangan wanita negara, S. Sivasangari, terlebih dahulu mengesahkan kemaraan apabila mengatasi wakil Hong Kong, Lee Ka Yi, 3-0.
Pemain pilihan ketujuh itu meraih kemenangan secara set langsung 11-9, 11-9, 11-5.
Iklan
Menantinya dalam penentuan ke final esok ialah pemain pilihan utama dari Mesir, Nour El Tayeb.
Menyusul dalam acara lelaki, Ng Eain Yow, yang menewaskan pilihan keenam dari Perancis, Sebastien Bonmalais, juga dengan keputusan 3-0.
Eain Yow selaku pilihan keempat mencatatkan kemenangan 11-6, 11-9, 11-2, sekali gus akan mencongak perhitungan dengan pilihan kedua dari Mesir, Karim Abdel Gawad, dalam separuh akhir esok.
Must-Watch Video