Perseorangan wanita negara, Rachel Arnold, mara ke pentas final Kejohanan Skuasy Piala Malaysia selepas menewaskan wakil Mesir, Malak Malak Khafagy, 3-2 di Seremban hari ini.
Selepas menewaskan lawan pilihan kedua dari Mesir, Farida Mohamed, 3-1 semalam, Rachel sekali lagi turun ke gelanggang bertemu seorang lagi wakil Mesir.
Rachel bermula baik namun Khafagy berjaya memenangi set pertama 11-8.
Rachel garang bangkit dalam dua set berikutnya untuk mendahului permainan 2-1 sebelum giliran mengikat permainan 2-2.
Bagaimanapun, pengalaman menjadi pemisah apabila Rachel memastikan kemenangan dalam set penentuan 11-4 untuk membawa cabaran Malaysia ke final.
Sementara itu, pemain skuasy kebangsaan, S. Sivasangari, memberikan laluan mudah buat pemain ranking nombor satu, Nour El Tayeb untuk ke pusingan akhir.
Kemenangan di set pertama tidak mampu mengesahkan slot akhir buat Sivasangari sebelum dia mula hilang fokus dan El Tayeb bangkit mengembalikan rentak terbaik sekali gus memenangi tiga set seterusnya.
Perlawanan tamat dengan keputusan 10-12, 11-3, 11-9 dan 11-6 kemenangan berpihak kepada Nour El Tayeb.
Sivasangari bagaimanapun mengakui kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan dan cuba untuk mengembalikan rentak pada set kedua namun gagal berbuat demikian.