Skip to main content

Sukan Lain

Skuasy Piala Malaysia: Rachel Arnold ke separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rachel-arnold-skuasy-terbuka-malaysia.png
Perseorangan wanita negara, Rachel Arnold, mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Piala Malaysia selepas menewaskan lawan pilihan kedua dari Mesir, Farida Mohamed, 3-1 di Seremban hari ini.

Rachel bermula baik apabila memenangi set pertama 11-8 tetapi Farida kemudian bangkit memenangi set kedua 11-9.

Bagaimanapun, Rachel ternyata lebih unggul untuk meneruskan kemaraan dengan memenangi dua set berikutnya 11-7, 11-5.

Pemain pilihan kelima itu seterusnya akan berdepan seorang lagi pemain Mesir, Malak Khafalgy, bagi penentuan ke final esok.

 

Advertisement

Must Watch Video